sejarah
SEJARAH DEMOKRASI DUNIA
perkataan demokrasi berasal daripada bahasa yunani (demokratia)iaitu " demos " yang bermaksud rakyat , dan ditambah pula dengan " kratos " yang bermaksud memerintah , dengan kata hubung ia memberi maksud " diperintah oleh rakyat " . Istilah ini kadang kala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat keatas kerajaannya.Sebagai contoh , demokrasi Athena berkembang di negara kota Athena di Yunani. Athena merupakan salah satu sistem demokrasi yang pertama diciptakan . Demokrasi Athena telah ditiru oleh banyak kota Yunani lainya namun demokrasi Athena merupakan sistem demokrasi yang kuat , stabil dan tercatat dengan baik pada yunani kuno.
Pengertian demokrasi menurut para ahli demokrasi
Antara tokoh para ahli demokrasi ialah Abraham Lincolm , Charles Costello, dan Sidney Hook. Tokoh Abraham Lincolm menerangkan demokrasi adalah pemerintah dari rakyat , oleh rakyat dan untuk rakyat. Manakala ,tokoh Charles Costello menerangkan demokrasi adalah sistem sosial dan politik pemerintah dengan kekuasaan pemerintah yang dibatasi oleh hukum juga merupakan suatu kebebasan bagi warga negara dalam melindungi hak - haknya. Serta tokoh Sidney Hook menerangkan bahawa demokrasi merupakan suatu bentuk pemerintahan dimana suatu keputusan pemerintahan secara langsung ataupun tidak harus didasarkan pada kesepakatan umun yang diberikan rakyat secara bebas.
Sejarah demokrasi di malaysia
Melalui kesan daripada penjajahan british demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika sekali gus telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu pemerintahan beraja.Selain itu, sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan oleh masyarakat melayu ketika itu.Seterusnya, dalam sistem demokrasi ini,kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan suara majoriti yang memilih untuk melakukan keputusan.Pemilihan pemimpin cara demokrasi juga dilakukan berdasarkan pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap yang difikirkan layak .Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihanraya yang diadakan.Demokrasi ini sebenarnya telah menghadkan kuasa sultan yang mana sebelum ini , mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing.Selain itu, demokrasi mempunyai pelbagai jenis antaranya yang kita sedia untuk adalah Demokrasi Berparlimen, Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar, Demokrasi Liberal dan macam 2 lagi.Seterusnya, malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang.Seperti yang kita sedia maklum, demokrasi berparlimen diamalkan dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai ketua.Disamping itu, negara dan pemerintah tertinggi adalah Angkatan Tentera Malaysia.Selain itu, Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, kehakiman,agama islam dan sebagainya.Akhir sekali, peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara malaysia sejak mula mula diperkenalkan setelah malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan british.
0 comments: