Sejarah Demokrasi
Sejarah demokrasi di malaysia
Melalui kesan daripada penjajahan british demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika sekali gus telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu pemerintahan beraja.
Selain itu, sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan oleh masyarakat melayu ketika itu.
Seterusnya, dalam sistem demokrasi ini,kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan suara majoriti yang memilih untuk melakukan keputusan.Pemilihan pemimpin cara demokrasi juga dilakukan berdasarkan pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap yang difikirkan layak .
Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihanraya yang diadakan.Demokrasi ini sebenarnya telah menghadkan kuasa sultan yang mana sebelum ini, mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing. Selanjutnya, demokrasi mempunyai pelbagai jenis antaranya yang kita sedia untuk adalah Demokrasi Berparlimen, Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar, Demokrasi Liberal dan macam 2 lagi.
Di samping itu, malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang.Seperti yang kita sedia maklum, demokrasi berparlimen diamalkan dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai ketua.
Selain itu, negara dan pemerintah tertinggi adalah Angkatan Tentera Malaysia. Seterusnya, Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, kehakiman,agama islam dan sebagainya.Akhir sekali, peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara malaysia sejak mula mula diperkenalkan setelah malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan british.
0 comments: