Demokrasi Berparlimen - Raja Berperlembagaan

19:44 Unknown 0 Comments

Raja Berperlembagaan

Maksud

Raja Berperlembagaan merupakan satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia. YDPA bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga nasihat Perdana Menteri.

YDPA

YDPA dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan YDPA mengikut peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Majlis Raja-Raja (MRR)

Ditubuhkan secara formalnya pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu di wujudkan sebelum itu, negeri-negeri di semenanjung diperintah secara berlainan. Terdapat lima negeri Melayu yang tidak bergabung (Kedah,Perlis, Kelantan, Terenggaanu dan Johor), manakala empat lagi pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Federated Malay State) terdiri daripada ( Pahang,Perak,Selangor dan Negeri Sembilan) antara tahun 1896 dan 1941 dan juga tiga negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar, iaitu forum bersama Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor, iaitu pelapor kepada Majlis Raja-raja sekarang.

Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan

Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan berfungsi untuk memilih YDPA dan TYDPA bagi persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga. Selain itu, Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan. Seterusnya, Mepersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan. Di samping itu, Melantik anggota-anggota Makamah Khasdi bawah Fasa (1) perkara182. Akhir sekali, memberi ampun, tunda hukuman dan lega hukuman atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.

Fungsi Majlis Raja-Raja

Majlis ini boleh menimbang soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkan patut.Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengendali keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebebasan raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.

Budi Bicara Majlis Raja-Raja

Anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan memilih atau memecat YDPA daripada jawatannya atau memilih TYDA bagi pesekutuan. Selain itu, memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Seterusnya, mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan. Di samping itu, pelantikan anggota-anggota Makamah Khas di bawah Fasal (1) perkara 182. Akhir sekali, pemberi ampun, replief dan respite atau permitan, penggantungan atau peringatan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) perkara 42.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Semua raja-raja dan para YDP Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab yang tidak dapat dielakkan,seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh anggota itu mengikut peruntukan Udang-undang Negeri/ Tubuh bagi sesuatu Negeri para YDP Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan YDPA dan TYDPA,melucutkan jawatan YDPA dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.

Pilihan Raya

Adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.

You Might Also Like

0 comments: