Perlaksanaan Sistem Demokrasi
Perlaksanaan Sistem Demokrasi
Contoh perlaksanaan sistem demokrasi terpimpin di Indonesia
Pelaksanaan Demokrasi Terpimpin - Keluarnya Dekri Presiden 5 Julai 1959, kehidupan berbangsa dan bernegara diatur berdasarkan UUD 1945. UUD 1945 kembali dilaksanakan dengan langkah menuju suatu bentuk pemerintahan yang dinamakan Demokrasi Terpimpin. Demokrasi terpimpin dalam UUD 1945 merupakan pemerintahan rakyat yang dipimpin oleh kebijaksanaan yang diperolehi dalam musyawarah / perwakilan. Akan tetapi dalam pelaksanaannya maksud terpimpin dalam demokrasi ditafsirkan sebagai dipimpin oleh seorang presiden.
Sistem Politik Demokrasi Terpimpin
Dengan terjadinya UUD 1945 dan Demokrasi Terpimpin, Presiden Soekarno terus memimpin kerajaan dan akan mengambil langkah-langkah bijak seperti berikut Menyusun Kabinet Kerja.
Kabinet Kerja I dipimpin oleh Presiden Soekarno dengan mengangkat Ir. Djuanda sebagai mentor pertama. Anggota Kabinet Kerja I dilantik pada tarikh 19 Julai 1959 dengan program kerjayanya yang dikenali dengan Tri Program Kabinet Kerja, yang meliputi masalah sandang dan pangan. Serta keselamatan dan pengambilan Irian Barat. program ini dijalankan bersama dengan program yang digariskan Presiden pada tarikh 17 Ogos 1959 yang bertajuk Penemuan Kembali Revolusi Kita yang selanjutnya dikenal sebagai Manifesto Politik Republik Indonesia (Manipol). Pidato ini oleh DPAS dicadangkan menjadi Garis-garis Besar Haluan Negara (GBHN) dan pada akhirnya ditetapkan dalam Tap MPRS No. I / MPRS / 1960 yang berintikan USDEK yaitu UUD 1945, sosialis Indonesia, demokrasi terpimpin, ekonomi terpimpin dan Kepribadian Indonesia.
Menyusun Lembaga-lembaga Negara. Pada tarikh 22 Julai 1959 keluar penetapan Presiden No. 1 tahun 1959 yang menetapkan bahawa sebelum terbentuk DPR berdasarkan UUD 1945, maka DPR yang telah di bentuk berdasarkan Ulu no. 37 tahun 1953 menjalankan tugasnya sebagai DPR. Tetapi penolakan DPR terhadap RAPBN tahun 1960 mengakibatkan Presiden membubarkan lembaga tersebut berdasarkan penetapan Presiden No. 3 Tahun 1960, tarikh 5 Mac 1960. Pada tarikh 24 Jun 1960 DPR diganti dengan DPR GR yang anggotanya berasal dari tiga parti besar (PNI, NU, PKI). Ketiga parti ini dianggap telah mewakili semua golongan seperti nasional, agama dan Komunis yang sesuai dengan konsep Nasakom. DPAS dipimpin oleh Presiden dan Roslan Abdul Gani sebagai wakil ketuanya. Pelantikan wakil ketua DPAS dilaksanakan pada tanggal 15 Ogos 1959 di istana negara bersama dengan Hamengkubuwono pelantikan Mr. Moh. Yamin sebagai ketua Dewan Perancang Nasional (Depernas) dan Sri Sultan Hamengkubuwono IX sebagai Ketua Badan Pengawas Kegiatan Aparatur Negara. MPRS dibentuk berdasarkan Penetapan Presiden No. 2 tahun 1959 yang diketahui oleh Chaerul Saleh, dan pada tanggal 10 November - 7 Disember 1960 mengadakan Sidang Umum pertama di Bandung, menghasilkan dua penetapan, yaitu sebagai berikut: 1) Tap MPRS No. 1 / MPRS / 1960 tentang menifesto politik sebagai garis besar haluan negara. 2) Tap MPRS No. 11 / MPRS / 1960 tentang pembangunan nasional semesta berencana 1961 -1969. Disamping dua ketetapan di atas MPRS juga mengangkat Presiden Soekarno sebagai Pemimpin Besar Revolusi.
Konsep Sistem Demokrasi
Konsep Sistem Demokrasi
Secara umumnya, konsep Sistem Demokrasi dari segi perlembagaan menghadkan kuasa & perjalanan rasmi kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Selain itu, ianya memasukkan doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan individu tidak diberi kuasa yang lebih.
Seterusnya, pilihan raya dikendalikan untuk memilih pegawai-pegawai kerajaan yang dikelolakan secara bebas & adil. Pilihan raya diuruskan oleh Suruhankaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya ini berjalan lancar, amanah dan bebas dari rasuah.
Selanjutnya, hak mengundi diberi kepada rakyat yang berumur bermula 21 tahun dan keatas. Dengan ini, pemimpin kerajaan adalah wakil yang dipilih rakyat mengikut majoriti undi.
Di samping itu, kebebasan bersuara diberikan kepada rakyat dengan membuat aduan kepada wakil negeri, kemudian dibawa ke dewan rakyat, dewan negara dan parlimen. Ini juga dapat, mengukuhkan persefahaman di antara rakyat dan pemimpin.
Tambahan pula, rakyat dapat menyertai apa-apa parti politik di Malaysia seperti Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. Kebebasan persatuan ini diberikan bagi mengelakkan rasa dipaksa dan memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam mentadbir.
Akhir sekali, aturan undang-undang merupakan salah satu, prasyarat demokrasi. Contohnya, Parti PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan maka parti ini boleh melangkah lebih jauh dalam pentadbiran negara.
Demokrasi Berparlimen - Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan
Maksud
Raja Berperlembagaan merupakan satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia. YDPA bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga nasihat Perdana Menteri.
YDPA
YDPA dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan YDPA mengikut peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Majlis Raja-Raja (MRR)
Ditubuhkan secara formalnya pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu di wujudkan sebelum itu, negeri-negeri di semenanjung diperintah secara berlainan. Terdapat lima negeri Melayu yang tidak bergabung (Kedah,Perlis, Kelantan, Terenggaanu dan Johor), manakala empat lagi pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Federated Malay State) terdiri daripada ( Pahang,Perak,Selangor dan Negeri Sembilan) antara tahun 1896 dan 1941 dan juga tiga negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar, iaitu forum bersama Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor, iaitu pelapor kepada Majlis Raja-raja sekarang.Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan
Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan berfungsi untuk memilih YDPA dan TYDPA bagi persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga. Selain itu, Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan. Seterusnya, Mepersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan. Di samping itu, Melantik anggota-anggota Makamah Khasdi bawah Fasa (1) perkara182. Akhir sekali, memberi ampun, tunda hukuman dan lega hukuman atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.Fungsi Majlis Raja-Raja
Majlis ini boleh menimbang soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkan patut.Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengendali keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebebasan raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.Budi Bicara Majlis Raja-Raja
Anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan memilih atau memecat YDPA daripada jawatannya atau memilih TYDA bagi pesekutuan. Selain itu, memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Seterusnya, mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan. Di samping itu, pelantikan anggota-anggota Makamah Khas di bawah Fasal (1) perkara 182. Akhir sekali, pemberi ampun, replief dan respite atau permitan, penggantungan atau peringatan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) perkara 42.Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Semua raja-raja dan para YDP Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab yang tidak dapat dielakkan,seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh anggota itu mengikut peruntukan Udang-undang Negeri/ Tubuh bagi sesuatu Negeri para YDP Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan YDPA dan TYDPA,melucutkan jawatan YDPA dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.Pilihan Raya
Adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang Penulis
Kami menjayakan blog ini seperti warna-warna seni dikertas kanvas. Setiap warna yang mempunyai keistimewaan sendiri, boleh mewujudkan yang terbaik dalam warna yang lain seperti gabungan kontra warna biru dan putih yang boleh mewujudkan ketenangan dan kesucian pada yang sama. Tanpa setiap penglibatan dan usaha setiap ahli, kami tidak sempurna.
Follow Kami
INSTAGRAM - PRESIDENT_WAFA, NOURYNE_CS
wechat - nainsafian97,hakimaznor1
Tentang Kami
Powered by Blogger.

